KUALA LUMPUR: Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah dan berulang kali mengingkari perintah mahkamah yang membatalkan pelantikan beliau sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan mahkamah dalam kes itu amat penting kerana ia memberikan kekuatan yang lebih kepada kerajaan Malaysia untuk mematikan semua tuntutan Kumpulan Sulu yang disifatkan amat merepek.
"Keputusan ini juga sebagai satu jaminan untuk kita mematikan sebarang tuntutan (sama) di mana-mana negara yang berkemungkinan timbul selepas ini.
"Keduanya, saya berharap kalau boleh dia dipenjara bukan sahaja didenda sebab perangai dia yang betul-betul kurang ajar dan biadap kepada Malaysia," katanya dalam sidang media secara dalam talian selepas menghadiri prosiding perbicaraan jenayah Stampa di Mahkamah Madrid, Sepanyol hari ini.
Pada 25 Mei 2020, Stampa memberikan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu dan dalam usaha untuk menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg serta Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).
Azalina berkata mahkamah menangguhkan keputusan kes itu ke tarikh lain yang belum ditetapkan.
Beliau juga berkata Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia telah menuduh Stampa melakukan jenayah menghina mahkamah yang serius serta melakukan amalan profesional tanpa kelayakan.
"Kesemua pertuduhan ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa Stampa secara terbuka dan dengan sengaja mengingkari beberapa perintah yang mengikat daripada Mahkamah Tinggi Madrid," katanya.
Menurut Azalina, pada 29 Jun 2021, Mahkamah Tinggi Madrid telah mengeluarkan satu penghakiman selaras dengan undang-undang kes terbabit dan memutuskan bahawa sebagai negara asing, Malaysia telah dipanggil secara tidak wajar dalam prosiding pelantikan penimbang tara.
"Justeru, mahkamah itu telah membatalkan pelantikan Stampa dan semua tindakannya serta mengarahkan agar Malaysia dipanggil secara wajar manakala prosiding timbang tara itu dimulakan kembali. Perintah pembatalan pelantikan Stampa kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol selepas warga Filipina terbabit gagal dalam rayuan mereka," katanya.
Azalina juga berkata susulan pembatalan pelantikan Stampa itu, Mahkamah Tinggi Madrid berulang kali memerintahkan beliau secara bertulis agar segera menamatkan timbang tara berkenaan.
"Bagaimanapun, Stampa enggan mematuhi perintah mahkamah dan bertindak mengingkarinya secara terang-terangan yang sekali gus menjejaskan kedaulatan undang-undang.
"Bagi memenuhi agenda jahat dan tidak beretikanya, Stampa dengan sengaja tidak mengendahkan perintah Mahkamah Tinggi Madrid serta bertindak memindahkan timbang tara itu dari Madrid ke Paris atas permintaan warga Filipina terbabit bagi mengelak pengawasan oleh Mahkamah Sepanyol di mana beliau telah berjanji untuk mematuhi arahan semasa mula-mula dilantik sebagai penimbang tara," katanya.
Beliau juga berkata sebelum mengumumkan award akhir terhadap Malaysia dan sebagaimana yang dibuktikan melalui dokumen di hadapan mahkamah, Stampa telah menerima bayaran lebih US$2.5 juta daripada warga Filipina terbabit.
Pada Disember 2021, selepas pemindahan prosiding timbang tara dari Sepanyol ke Perancis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Malaysia yang mempunyai keyakinan penuh dan tidak berbelah bagi terhadap sistem keadilan Sepanyol, telah memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya untuk membeli forum di negara lain.
Azalina berkata memandangkan fakta yang dilapor telah dipertikai oleh Stampa sendiri, Pendakwa Raya Madrid bertindak memfailkan aduan terhadapnya kerana menghina menghina mahkamah dan bagi kesalahan jenayah melibatkan diri dalam amalan tanpa kelayakan.
"Stampa tidak akan diadili oleh mahkamah jenayah Sepanyol kerana bertindak sebagai penimbang tara sebaliknya kerana telah menghina mahkamah secara serius dengan mengingkari perintah langsung Mahkamah Tinggi Madrid yang mengikat semua warganegara itu tanpa mengira aktiviti profesional mereka.
"Tindakan beliau telah menimbulkan kebimbangan khususnya mengenai keperluan untuk menegakkan tataamalan beretika, integriti, profesionalisme dan amalan baik oleh penimbang tara iaitu asas kepada mana-mana timbang tara yang sah.
"Ini penting bagi memelihara keyakinan mana-mana pihak yang memilih timbang tara untuk menyelesaikan pertikaian mereka dan jika gagal, boleh menyebabkan keseluruhan platform bagi penyelesaian pertikaian secara alternatif terjejas serta terancam," katanya.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kepercayaan penuh terhadap sistem keadilan jenayah Sepanyol dan kepentingan semua prosiding ini dalam menegakkan keluhuran timbang tara antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
AZALINA: Keputusan ini juga sebagai satu jaminan untuk kita mematikan sebarang tuntutan (sama) di mana-mana negara yang berkemungkinan timbul selepas ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.
Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.
Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.
Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.
Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.
Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.
Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.
Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tak akan serahkan Sabah - Wan Junaidi
Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia.
[KOLUMNIS] Malaysia tidak perlu bayar satu sen pun kepada waris Kiram
Kenapa perlu Malaysia menyesali tidak membuat pembayaran kepada waris Kiram sedangkan Sabah dengan jelas milik Malaysia?
Parlimen: Jawatankuasa Pilihan Khas mula prosiding isu Tuntutan Kumpulan Sulu 11 Ogos
Prosiding isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat.